Essential Oil Young Living Premium Starter Kits

Hi semua. Bertemu lagi kita dientri saya ini. Salam damai semua, dan semoga anda semua sihat walafiat. Hah, hari ini saya mau share tentang perasaan hari pertama saya terima bungkusan dari Young Living. Wow! memang teruja dan perasaan tidak sabar itu memang ada ngeee


Hari pertama menerima Premium Starter Kit Essential Oil Young Living !

Selepas menerima bungkusan ini, saya mula berfikir bagaimana untuk bermula dengan pakej ini. Apa yang perlu saya buat? Adakah produk ini memberi manfaat pada saya dan keluarga? Bagaimana jika produk ini tidak memberi kesan yang baik? aha bermacam-macam bermain difikiran. Saya pun dengan gembiranya menghubungi rakan yang memperkenalkan produk ini kepada saya. Syukur saya diajar bagaimana menggunakan essential oil ini. Sangat mudah !

Sebagai pengetahuan rakan-rakan, pakej Premium Starter Kit Young Living ini mengandungi 13 jenis aroma iaitu Lemon, Lavender, Copaiba, Thieves, Digize, Panaway, Purification, RC, Frankincense, Peppermint, dan ada extra 1 Lavender, 1 Lemon dan 1 Stress Away. Setiap minyak ini mengandungi peranan untuk badan kita. Inilah kelebihan Essential Oils Young Living, ia bukan sekadar bauan aroma malah untuk kesihatan kita sekeluarga.


Di antara Essential Oils Yang ada dalam Premium Starter Kit Young Living

Sampai sahaja dirumah, saya terus diffuse Stress Away dengan meletakkan sebanyak 3 titis. Memang mula-mula kepala jadi pening. Mungkin sebab tidak biasa dengan aroma seperti ini. Namun lama kelamaan, saya sedikit demi sedikit sudah boleh menerima aroma minyak ini. Paling best, tidur memang lena ! Tidur cukup 8 jam, tidak terbangun malam, memang best. Sudah sekian lama tidak merasa tidur yang betul-betul lena. Almaklumlah sejak bergelar ibu ini, memang tiada istilah tidur nyenyak. Dari anak pertama sehingga anak ke 6 tidur tidak pernah nyenyak. Pada ketika ini juga, anak bongsu masih kecil berumur 3 tahun. Semestinya umur sebegini masih mahu minum susu tengah malam. Namun, sejak ada Essential Oil ini, tidur anak bongsu juga turut lena. Dia pun tidak bangun tengah malam lagi untuk minum susu. Best dan bertuah dapat mengenali Essential Oil Young Living !


Hari pertama diffuse aroma Stress Away Essential Oil Blends Young Living

Dalam pakej ini juga terdapat beberapa botol kaca bersaiz dalam 3ML, mini kad untuk dikongsikan kepada keluarga, rakan dan saudara-mara dan juga minuman kesihatan Ning Xia. Sangat berbaloi memiliki pakej ini.


2 travel pack Ning Xia, botol kaca 3ML, Sharing kad dan penutup botol roll on



         Diffuser percuma dalam premium starter kit.


Sebelum saya akhiri entri hari ini, saya berbesar hati untuk kongsikan kepada anda resipi Essential Oils untuk tidur yang lena.

3 Drops Bergamot

3 Drops Cedarwood

3 Drops Lavender

Nikmati tidur yang nyenyak, sambil meningkatkan kesihatan kita secara semulajadi.

Sekian, berjumpa lagi di next entri saya. Jika berminat untuk mendapatkan Premium Starter Kit Essential Oils Young Living, boleh klik link dibawah ini. Saya berbesar hati berkongsi lebih banyak lagi tentang aroma ini.

Jumpa lagi sahabat !

H/P : 0168388066
Email : bungkaklydia@ymail.com
FB : Lydia Sylvester II






Comments

Popular posts from this blog

Mengapa saya mencuba Essential Oil